Setelah sekian lama tak naik basikal, kali terakhir rasa masa di sekolah menengah.

Nak di jadikan cerita, jiran tempat baru saya pindah juga berbasikal pada setiap hujung minggu – Jumaat pagi.

Jadi sebagai sesi suai kenal saya pun join sekali la… first time nak kayuh in pack. Sebelum ni hanya kayuh berseorangan pusing sekitar taman dalam radius 5km – 10km.

Untuk sesi kayuhan bersama jiran katanya estimate dalam 20km, telan ayaiq lioq juga la bila dengar 20km πŸ˜…

Tapi kita think positive, bagus juga la ada peluang untuk exceed 10km yang selalu kayuh sorang-sorang.

Ok, pada hari yang dinantikan, kami mula kayuh dalam jam 7:45 pagi. Dari Taman Gemilang, Jitra > Bukit Wang > Paya Pahlawan > Taman Gemilang.

GPS sempat track sampai 13km sahaja, sebab kawasan di sekitar situ line tak kuat

Pada 10 minit pertama permulaan tu agak santai, selepas tu keadaan jalan mula banyak berbukit, dan agak intense juga la dengan saya yang pertama kali berbasikal di jalan berbukit. Memang berpeluh dan puas sebab agak dah lama tak berpeluh macam ni.

4, 5 kali juga la saya tertinggal di jauh belakang, tak dapat naik follow pace kayuhan. Tapi okay la depa tunggu di setiap persimpangan.

Maaf la ya πŸ˜†

Tercicir

Dari pantauan mata kadar saya, kadar pusingan kayuhan lebih kurang saya, tapi basikal diaorang lebih laju dan ke hadapan.

Mungkin spesifikasi basikal pun mengambil kira?

Ya la saya guna Mountain Bike entry level jenis Raleigh Max 3. Tak apa kita tengok kot ada peluang untuk modifkasi basikal ☺️

Kesimpulannya, ini merupakan satu pengalaman yang baik untuk saya explore lebih lagi berkenan hobi berbasikal. Ia bukan sahaja menyihatkan badan, malah boleh digunakan sebagai channel networking dengan orang sekitar.

Jika anda penduduk Jitra, dan bsrkongsi hobi yang sama dengan saya boleh roger-roger ya 😁

Author

Write A Comment